Posts

Showing posts from May, 2020

Perlukan tablet untuk anak belajar?

Image
Telefon pintar dan tablet merupakan salah satu daripada keperluan yang penting dalam hidup seseorang. Umum kita ketahui kepentingan gajet ini dalam membantu memudahkan pekerjaan kita, sebagai sumber hiburan dan sebagai medium komunikasi sesama manusia. Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac yang lepas, keperluan terhadap telefon pintar dan tablet semakin jelas kelihatan. Hal ini disebabkan oleh medium pengajaran dan pembelajaran yang berubah kepada pembelajaran secara atas talian (Online learning). Jika kita melihat kepada data jangkitan harian Cobid-19, sekolah-sekolah di Malaysia pasti tidak akan dibuka dalam masa yang terdekat. Oleh itu, pembelajaran secara atas talian pasti akan berterusan untuk satu jangka masa yang panjang. Namun begitu, isu yang timbul daripada cara pembelajaran yang baharu ini adalah, ibu bapa tidak mampu untuk membelikan telefon pintar dan tablet untuk anak-anak gunakan. Oleh yang demikian, saya akan kongsikan salah satu darip...

Amazon Fire HD 8: Cara install Google Playstore

Image
Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan bagaimana cara untuk pasang Google Playstore dalam tablet Amzaon Fire HD 8. Langkah pertama yang harus anda buat adalah pergi ke Settings/tetapan > Security dan klik enable "Apps from Unknown Source". Proses ini akan membenarkan anda untuk install fail-fail APK yang diperlukan. Setelah itu, anda perlu muat turun 4 fail APK untuk memastikan Google Playstore dapat dipasang dengan jayanya dalam tablet anda. Dengan menggunakan pelayar internet Silk Browser dalam tablet anda, anda perlu muat turun: Google Account Manager APK Google Services Framework APK   Google Play Services APK     Google Play Store APK    Untuk download, klik "Download Apk". Download satu persatu dan install (jangan open dulu). Buat langkah yang sama untuk setiap APK yang anda muat turun. Selepas semua fail APK siap dimuat turun dan install, anda perlu restart tablet anda. Apabila semua langkah di atas sudah anda laksana...

5 cara senang cari duit online?

Image
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun mencapai tempoh 6 minggu perlaksanaannya. Ramai daripada rakyat Malaysia yang terjejas terutamanya dari segi kewangan. Pada post saya kali ini, saya akan kongsikan 5 cara untuk menjana duit secara online yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun termasuk pelajar yang ingin menambah duit poket mereka. 1. Mobrog Cara yang paling senang untuk menjana duit secara online adalah dengan menjawab soalan tinjauan ataupun survey. Anda boleh daftar secara percuma dengan MOBROG (Malaysia) dan menjawab soalan-soalan tinjauan yang diberikan. Secara purata, untuk setiap soalan tinjauan, anda boleh menjana dariapda RM 2 sehingga Rm 10. Aplikasi MOBROG (Malaysia) boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan iTunes secara percuma. 2. Google Opinion Reward Lengkapkan soalan tinjauan di mana sahaja anda berada. Sesiapa sahaja yang memiliki telefon bimbit android boleh menjana duit secara online dengan Google Opinion Reward. Dapatkan ganjaran anda d...