5 cara senang cari duit online?

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun mencapai tempoh 6 minggu perlaksanaannya. Ramai daripada rakyat Malaysia yang terjejas terutamanya dari segi kewangan. Pada post saya kali ini, saya akan kongsikan 5 cara untuk menjana duit secara online yang boleh dilakukan oleh sesiapa pun termasuk pelajar yang ingin menambah duit poket mereka.


1. Mobrog
Cara yang paling senang untuk menjana duit secara online adalah dengan menjawab soalan tinjauan ataupun survey. Anda boleh daftar secara percuma dengan MOBROG (Malaysia) dan menjawab soalan-soalan tinjauan yang diberikan. Secara purata, untuk setiap soalan tinjauan, anda boleh menjana dariapda RM 2 sehingga Rm 10. Aplikasi MOBROG (Malaysia) boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan iTunes secara percuma.



2. Google Opinion Reward
Lengkapkan soalan tinjauan di mana sahaja anda berada. Sesiapa sahaja yang memiliki telefon bimbit android boleh menjana duit secara online dengan Google Opinion Reward. Dapatkan ganjaran anda daripada Google Play ataupun PayPal Credit apabila anda melengkapkan soalan tinjauan yang boleh dikatakan agak singkat.  Topik-topik soalan tinjauan pun agak mudah dan boleh dijawab asalkan anda pandai membaca.


3. Aplikasi FOAP
FOAP akan membayar anda untuk gambar-gambar yang terpilih. Jika anda seorang yang suka mengambil gambar, ini adalah salah satu daripada cara-cara untuk menjana duit secara online sambil menikmati hobi anda tersebut. Walaupun begitu, FOAP hanya menerima gambar daripada telefon bimbit Iphone! Walaupun gambar yang anda ingin hantar ke FOAP diambil menggunakan kamera DSLR, anda masih perlu hantar gambar tersebut melalui Iphone.


4.  8coin
Bagaimana menjana duit dengan 8coin? Berita gembira untuk pengguna media sosial tegar! Apabila anda mendaftar dengan 8coin, anda hanya perlu kongsi content yang menarik daripada 8coin ke akaun media sosial anda. Anda boleh menggunakan 8coin yang anda terima untuk menebus wang, kupon makanan, gajet dan banyak lagi benda-benda yang menarik. Pembayaran dibuat terus kepada akaun bank anda.
Muat turun 8coin melalui Goolge Play Store dan Itunes.


5. Manis
Aplikasi manis yang mana anda boleh muat turun daripada Google Play Store dan Itunes juga boleh anda gunakan untuk menjana pendapatan online. Caranya sangat senang di mana anda hanya perlu naik turun ataupun upload resit pembeliaan anda dan anda akan mendapat mata ganjaran  (RM 1 bersamaan dengan 1 Manis point). Mata ganjaran yang anda kumpul tersebut boleh digunakan unutk menebus ganjaran-ganjaran yang menarik. Resit apa yang boleh diguna pakai? Resit pembelian makanan, produk kecantikan, hiburan, kesihatan dan lain-lain.

Sebagai kesimpulannya, adik-adik, tuan-puan dan pembaca sekalian, ada banyak cara untuk anda jana pendapatan untuk menampung kos hidup terutamanya pada masa kesukaran yang kita hadapi sekarang. Semuanya boleh dilakukan dengan telefon bimbit. Selamat mencuba dan kongsikan kepada orang lain.


Comments

Popular posts from this blog

Amazon Fire HD 8: Cara install Google Playstore

Perlukan tablet untuk anak belajar?