Perlukan tablet untuk anak belajar?

Telefon pintar dan tablet merupakan salah satu daripada keperluan yang penting dalam hidup seseorang. Umum kita ketahui kepentingan gajet ini dalam membantu memudahkan pekerjaan kita, sebagai sumber hiburan dan sebagai medium komunikasi sesama manusia.
Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac yang lepas, keperluan terhadap telefon pintar dan tablet semakin jelas kelihatan. Hal ini disebabkan oleh medium pengajaran dan pembelajaran yang berubah kepada pembelajaran secara atas talian (Online learning).

Jika kita melihat kepada data jangkitan harian Cobid-19, sekolah-sekolah di Malaysia pasti tidak akan dibuka dalam masa yang terdekat. Oleh itu, pembelajaran secara atas talian pasti akan berterusan untuk satu jangka masa yang panjang.

Namun begitu, isu yang timbul daripada cara pembelajaran yang baharu ini adalah, ibu bapa tidak mampu untuk membelikan telefon pintar dan tablet untuk anak-anak gunakan. Oleh yang demikian, saya akan kongsikan salah satu daripada tablet yang mampu dimiliki oleh ibu bapa di luar sana.


Tablet mampu milik ini bukan sahaja murah tetapi berkualiti dan yang paling penting sekali, sesuai digunakan untuk pembelajaran online anak-anak. Tablet yang saya maksudkan ini adalah Amazon Fire HD 8.

Tablet sebesar 8 inci ini sangat sesuai digunakan untuk belajar secara online kerena saiz skrinnya yang besar. Selain daripada itu, tablet ini dilengkapi dengan RAM sebesar 1.5GB yang mana ianya cukup besar untuk memproses aplikasi-aplikasi pembelajaran seperti Google Classroom, Google Meet dan lain-lain lagi dengan baik sekali.

Tablet ini juga pernah saya gunakan untuk bermain permainan Mobile Legend dan pengalaman bermain boleh dikatakan memuaskan. Anda boleh menonton ulasan mengenai tablet Amazon Fire HD 8 di sini.

Harganya? Untuk sebuah tablet Amazon Fire HD 8, anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM 276 daripada Shopee. Tablet ini jugs boleh dibeli daripada Lazada dan Kindle Malaysia. Anda mungkin boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah lagi bergantung kepada promosi daripada penjual.





Namun begitu, tablet ini tidak tersedia dengan Google Play Store. Tapi usah risau, saya akan ajar anda bagaimana cara untuk pasang Google Play Store ke tablet ini dengan mudah! Klik DI SINI untuk mengetahui bagaimana cara untuk pasang Google Play store.


Comments

Popular posts from this blog

Amazon Fire HD 8: Cara install Google Playstore

5 cara senang cari duit online?