Amazon Fire HD 8: Cara install Google Playstore
Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan bagaimana cara untuk pasang Google Playstore dalam tablet Amzaon Fire HD 8.
Langkah pertama yang harus anda buat adalah pergi ke Settings/tetapan > Security dan klik enable "Apps from Unknown Source". Proses ini akan membenarkan anda untuk install fail-fail APK yang diperlukan. Setelah itu, anda perlu muat turun 4 fail APK untuk memastikan Google Playstore dapat dipasang dengan jayanya dalam tablet anda.
Dengan menggunakan pelayar internet Silk Browser dalam tablet anda, anda perlu muat turun:
- Google Account Manager APK
- Google Services Framework APK
- Google Play Services APK
- Google Play Store APK
Untuk download, klik "Download Apk". Download satu persatu dan install (jangan open dulu). Buat langkah yang sama untuk setiap APK yang anda muat turun. Selepas semua fail APK siap dimuat turun dan install, anda perlu restart tablet anda. Apabila semua langkah di atas sudah anda laksanakan, ikon Google Playstore akan muncul di tablet anda!
Kongsikan dan selamat mencuba.
Comments
Post a Comment